Goh Keng Swee (nama Kristian: Robert,[1] Cina ringkas: 吴庆瑞 ; Cina tradisional: 吳慶瑞 ; pinyin: Wú Qìngruì; 6 Oktober 1918 – 14 Mei 2010)[2] merupakan Timbalan Perdana Menteri Singapura yang kedua.
Goh adalah anak lelaki kepada seorang keluarga yang kaya di Melaka. Ayahnya, Goh Leng Inn, adalah seorang pengurus ladang getah, manakala ibunya datang dari keluarga yang mengeluarkan ramai ahli politik terkenal di Malaysia, Tun Tan Cheng Lock dan anak lelaki beliau, Tun Tan Siew Sin, yang kemudian menjadi lawan politik bagi Goh.